ELEVENTH :*
The Eleventh :)
p/s: Before you read this please click this link and play the music :)
dear 11th, this post gonna be long but you should READ and FEEL it, enjoy :'D
fokus on word 'MEREKA' and 'KAMI' hem that word stand for ELEVENTH and US !
too much hiperbola but I just want you to feel so you can get what i'm gonna want to tell you guys..
fokus on word 'MEREKA' and 'KAMI' hem that word stand for ELEVENTH and US !
too much hiperbola but I just want you to feel so you can get what i'm gonna want to tell you guys..
Hari berganti hari. Bulan berselangkan bintang. Masa semakin mencantas
kehidupan khalifah di atas bumi yang berbumbungkan atmosfera yang
semakin dipenuhi udara durjana! MEREKA pelengkap ketelanjanganku,
menyelimuti tubuh, menyelubungi kalbu.
MEREKA ibarat udara panas yang sentiasa menyelesakan diri tatkala
kurpasan salji menutupi bumi. Tanpa mereka mungkin aku beku tertanam di
bawah kutub Artik, sejuk merasuk sum sum tulang hitamku. Di sini, aku
belajar makna kehidupan yang sebenar, keperluan rohani yang perlu
dicukupkan dengan lebih aliran zikir munajat semoga kehidupan dapat
ditempuh dengan tabahnya.
MEREKA kadangkala mencabar ku untuk
memulakan serangan di medan perang, kadangkala memberi begitu banyak
kemanisan seperti menelan sebotol madu yang baru dihasilkan dan
kadangkala memberi rasa kosong bak berada di dalam sebuah lombong hitam,
dikurung tanpa belas kasih dan sayang.
MEREKA? no K.A.M.I ,
hem K.A.M.I melalui denai-denai kehidupan di sini bersama-sama, menempuh
halangan celupar mulut mereka bersama, 24 BULAN sudah berlalu. Aku
bimbang, aku resah dan aku marah kerana masa tak pernah berhenti untuk
memberi kami peluang yang lebih untuk menikmati kehidupan di sini.
Perpisahan memanggil-manggil untuk memisahkan jalinan erat yang tenang
mengalir dalam segala salur perjalanan darah K.A.M.I aku hanya menunggu
hari itu. Perpisahan itu pasti. seperti semalam 07.02.2011 itu baru
sahaja singgah dan kini bagai ribut pasir di sahara ia membawa tarikh
itu pergi, sekelip mata mengganti angka 11 ke angka 13 dengan hanya
menambah 2 angka sahaja.
Bagiku semua ini mimpi. Memanglah dunia ini layar dan ia memang mimpi. BODOH !
ini mustahil, tapi aku cuba percaya akan kehadiran hari yang semakn
dimamah masa untuk menggantikan siang kepada malam seterusnya
menganjakkan, KELMARIN, SEMALAM, HARI INI, ESOK, LUSA, MINGGU, BULAN
kepada TAHUN 2014 yang menentukan PERPISAHAN antara K.A.M.I
Aku tak mahu fikirkan tetapi aku akan simpan segala memori, kenangan
tidak kira pahit,manis,kelat dan semuanya dalam kotak hati ini. semoga
kotak ini tidak dicuri penyangak luar. Itu akan menelanjangkan
kehidupanku, menerawangkan mindaku lalu menyebabkan aku hilang akal
mencari majnun yang tiada kesudahan.
ELEVENTH teruslah berada
di sisiku, menjadi udara panasku supaya aku tak mati, tak mengakhiri
kehidupan atas lantai kehijauan dunia dengan titik nokhtah yang tiada
makna,tiada cereka. Teruslah segar dalam ingatan sehingga ke hari TUA .
Semoga persahabatan ini diredai-Nya, membawa kebahagiaan setelah banyak menghadapi dugaan sehingga ke pintu Jannati nanti.
Assalamualaikum,Eleventh.
By: Intan Husna :)
0 Comment(s)






Short Biodata
Name : Zafirah Aidahh